Showing posts with label demam. Show all posts
Showing posts with label demam. Show all posts

Friday, June 4, 2010

Demam tiba-tiba...

Semalam malam, after jumpa mak dan ambil adik Uci terus je demam. Tak tahu kenapa. Elok je masa baru sampai Malaysia. Malam je kebah sampai sekarang :(.

Nak update cerita Yogyakarta pun tak larat nak taip.

Gambar semua dah upload dalam lappy. Tunggu nak serang je ni :D. Aku cerita by day la eah? Nak semua mati aku. Tak pun korang muntah darah nak baca :P.

.:. By .:.

Monday, January 18, 2010

Air melegaan tekak kepada semua pesakit tekak.

Try la! Memang sodap!

Lega je bila minum air ni. Korang kena try. Satu kotak ni ada 3 paket air jus. Elok untuk sejukkan badan dan melegakan tekak.

Haritu kan aku teruk batuk. So kawan kakak aku suruh minum KLime jus ni.

So aku cuba. Selambe aku minum dengan air batu. 3 hari aku minum. Tekak aku tak sakit dah. Batuk pun kurang.

Thanks Kak Umi~

Friday, January 15, 2010

Diluah mati mak Ditelan mati bapak..

Nak cakap ke tak nak? Nak cakap ke tak nak? Nak cakap ke tak nak? Nak cakap ke tak nak? Nak cakap ke tak nak? Nak cakap ke tak nak? Nak cakap ke tak nak? Sebenarnya...

Nak minta maaf dengan rakyat jelata semua. Beta tak dapat nak balas komen-komen kamu. Beta tak sihat. Kena buat kerja lagi. Nak balas pun tak sempat. Jari jemari ni macam orang kena Parkinson tu ha. Taip pun p boleh jadi b. Eh jauh sangat perginya tipu la! :D

Harap dimaafkan ya? Bukan sombong. Nanti aku balas...


Daa~~~

Positive result :)

Eceh nak belagak kena buat 'blood test' :D. Pergi check up sekali kena 'blood test'. Sebotol besar doktor ambil darah aku! Tak ada la seram sangat. Sebab dulu, aku selalu je kena buat 'blood test'. Aku ada tekanan darah rendah la, jantung lemah la. So selalu la kena. Sekarang je jarang dah sebab aku dah segar bugau kot :P.


So keputusan?

Alhamdulillah. Aku tak kena apa-apa. Doktor ingat aku kena denggi sebab ada pontesi kena. Ye lah dah seminggu aku demam. Apa kes?

Tapi, sayangnya darah aku tu. Sebotol buang macam tu je :(.

Doktor suruh aku rehat je. Sebab ada tekanan perasaan. Hahaha! Wak lu :D.

Thursday, January 14, 2010

Dah nak dekat seminggu selsema, batuk dan demam malam..

Kena check doktor lagi. Sok sek sok sek aku dari tadi..Malam je menggigil. Apakah sebabnya pun aku tidak tahu.

Adakah stress disertai demam akan menjadi lebih teruk?

Ada idea tak? Aku kena makan ubat apa? Tak tahan dah ni... :(

Tuesday, January 12, 2010

Nak tengok muka aku demam aritu?Sangat menyeramkan!!

Sebelum itu, aku nak cerita. Aku pergi klinik panel hari itu, aku tak dapat MC pun. Sedih kan? Orang demam macam kena parkinson tak dapat MC :(. Nasib baik aku ingat aku ada book off haritu. Fewwh!!

Nak drive pun tak boleh. Kaki aku macam tak kuat nak tekan minyak.

Jumpa doktor, just dia tanya je aku sakit apa, masalah apa, ada batuk ke (tak dengar ke aku duk kuh kuh koh), selsema ke..

Pastu dia taip ubat apa kena bagi. Suruh aku tarik nafas kembang kuncup. Pastu dah. Senang nya kerja doktor. Haiihh!!

Aku minta EPO free pun kemut (sempat minta EPO eik? :D). Takut panel aku banyak soal katanya.

OK. Ni la gambaran aku semasa sakit :P...










kesian tak? :D

Sob Sob

Sob sob sambil baca entry kawan aku nak bertunang.... Terharu aku. Gembira dengar khabar macam tu. Lepas ni aku tak leh nak manja-manja, peluk dia dah. Hey tapi bukan menangis... Ni ha aku tengah selsema, batuk dan demam!! Lengkap!!

Meleh-leleh hingus baca entry kawan-kawan :D. Akibat selsema tak elok-elok.

3 hari aku menyepikan? Aku demam!!! Teruk sampai tak boleh bangun. Sampai merangkak-rangkak cari makanan. Help me...help me.. dah macam kena parkinson :D.

Aku demam cukup lengkap kali ini. Ntah kenapa ntah sampai macam ni sekali. Ni pun aku gigihkan untuk berdiri. Kalau tak, nak pijak di bumi yang nyata pun susah :P.

Demam sampai darah hidung. Huhuhuhu sian kan?

Ni pun quick update je. Aku tak sempat nak buat auto publish. Nanti orang cakap aku tak buat kerja lak :P

Chow!!!