Showing posts with label bukit raja. Show all posts
Showing posts with label bukit raja. Show all posts

Friday, April 30, 2010

Chris Evans dan kaki Zoe Saldana buat aku cair :P

Semalam, aku tengok cerita The Losers. Dah tengok? Aku kena tipu ke apa dengan kawan aku. Dia cakap cerita lawak. Sekali cerita tembak-tembak.Hahaha!

Nasib baik best. Kalau tak best, siap lu! :p.

Sedih je masa helipkopter tu kena fire. Kesian budak-budak tahanan tu mati :(. Nasib baik kat dalam filem. Kalau kat luar, mesti aku join sekali geng losers :P.

Zoe Saldana mempunyai kaki yang sangat cantik. Owh aku suka!! Bila aku mengutarakan nak kurus sikit nak kaki macam itu. Ada yang membangkang. Cait!! Cun la kaki macam tu woit!!

Chris Evans sangat comel dalam filem ini. Rasa nak peluk je . Paling lawak masa, dia naik motor dengan awek hot itu. hahaha! Dengan naik lift. Gilak!! Sangat Kelakar!!

Hah apa lagi tengoklah!

.:. By .:.

Bersama yang tersayang di Kenny Rogers ROASTERS

Bila rasa nak bazirkan duit tensen, ha mulalah teringin nak makan itu-ini. Nak makan benda manis lah. Nak makan kambing lah. Nak makan unta lah. Semua kepingin.

Tapi, semalam sangat teringin nak makan Kenny Rogers. Rasanya last makan, tahun lepas T___T.

Bersama cappuccino blended. Eh bukan aku punya. Aku kalau makan makanan yang boleh muak, sure aku order coke light atau ice lemon tea. Kalau minum air ini, sure la aku tanggal seluar lepas itu. Buncit perut. OK tipu.


Permintaan orang jawa makan banyak :D. Mestilah combination ada nasi bagai. Hihihih. Last-last kentang dengan buah tu aku yang sapu habis.


Permintaan orang tak makan banyak. Tengok kombinasi. Semua boleh menggemukkan badan. Tapi peduli apa? Melahap tahap tak ingat. Licin :D. Cheese tetap di hati.

.:. By .:.

Tuesday, April 27, 2010

Tips makan banyak tapi tak gemuk...

Ha gila meroyan click! TIPU. Kalau aku makan banyak mesti aku gemuk. Tapi, ada je kawan aku makan banyak tapi tak gemuk-gemuk. *jeles*.

Tips kurus : masa makan pastikan kuat bercakap dan bergambar. Dan lepas itu lari setempat.

Tips nak gemuk : makan banyak lepas itu tidur. Hang kena penyakit, hang tanggung sendiri :D. Dan yang paling penting, bila makan rembat orang punya. Heh.

Contoh makan untuk gemuk :

Orang lain yang order, aku rembat juga. Nak rasa orang kata.

Pecahkan telur terlebih dahulu. Supaya kolori dapat kat kita.

Makanlah desert selepas makan untuk 'stater' dan 'enjin'.

Disusuli dengan ais krim. Tapi tak berjaya rembat, tengok dah habis.


Makan sepenuh hati. Bila ambil gambar nampak kembong pipi, kan dah nampak gemuk.



Oh. Saya balun makan pedas kat Jonny's *____*
.:. By .:.

Monday, April 5, 2010

Mulakan dengan movie dan masakan..

OK kita start dengan movie. CLASH OF THE TITANS. Punyalah aku nak book 3D, tapi tak dapat.Hahaha. Gempak sangat ke cerita ni? Kawan aku cakap sampai full house!

Last-last, aku tengok yang biasa je. Memang aku suka lah cerita action macam ini. Tapi, agak mengecewakan bila tengok ada aksi yang nampak sangat ke'komputer'an (ada ke word kekomputeran tu? hahaha belasah je la).

Grafik dia pun tak berapa cantik. Keciwa-keciwa. Lagi sedih kan-kan..last sekali dia lawan guna mata ular tu. Keras macam tu je alien tu mati. Lagi keciwa. Ingatkan hero itu, gunakan ke'macho'an yang ada. Huahuahuahua.

I bagi 2 3/4 je la. Boleh?


OK tamat sudah cerita movie. Nak tahu, pergi tengok sendiri. Kejikan? Sabtu hari itu, aku masak. Dah jemu aku makan masakan luar. Tak sedap lagi hampeh.

Simple je aku masak. Just ikan goreng, tempe goreng dan pucuk paku goreng pedas. Perghhh! Makan dengan nasi lembik. Sampai 2 pinggan aku makan.

Naik 2 kilo :D.

Sunday, March 28, 2010

How train your dragon...

Nak layan nasir bilal khan my name is Khan tak dapat-dapat. Nak beli dvd habis pula. Agaknya tv tayang baru aku dapat tengok. Huh!


Last-last layan cerita ini. Sesungguhnya, cerita ini sangat best!!! Mungkin tengok kali kedua untuk 3D pula!

Aktiviti esok :

- BIL ajak layan ice skating. Jangan sampai aku tercampak sampai hilang gigi besi sudah. Tak pandai main ice-ice skating ini. Galah panjang OK :D.

- Sudah berjanji dengan anak buah untuk menonton cerita di atas dengan memakai spek hitam kata Suci! Dari tadi aku duk explain kat Suci macam mana rupanya tengok movie 3D. Aku tengok yang biasa pun terkejut, nikan pula 3D. Last-last, dia cakap "adik ok je..sebab adik kat Man-man (Ultraman)". Jangan sampai Suci campak spek, minta keluar. Kesudahannya, aku yang rugi.