Showing posts with label jaya jusco. Show all posts
Showing posts with label jaya jusco. Show all posts

Monday, May 10, 2010

Oh best rupanya main game!

Yes! Aku bercuti hari Khamis dan Jumaat lepas. Nak bersama boyfriend mak tersayang :D. Saja bercuti di Kuala Lumpur, bandaraya crawded terindah. Cait duduk pun sekangkang kera dengan KLCC. Nak gak bercuti kat KL :P.

Baru aku tahu, best rupanya main game. Bukan game PSP, bukan juga game PS. Tapi, bermain game di Jaya Jusco. Jaya Jusco, Mid valley. Muahahahaha! OK sila sopan.

Bermain game adalah salah satu alat pancing budak yang tengah merajuk di tepi aku itu. Kena pancing dulu, baru boleh bersenang lenang untuk bershopping. *lap air peluh*. Duit pun akan kopak untuk beli token.


Tengoklah aksi dia. Walaupun kaki tak sampai sangat untuk pedal minyak, tapi nak gak main.

Tak lupa juga, kakak nya yang tak sedar diri turut bermain. Maka kopak lagi duit untuk tambahan token.

Eh! Orang tua ini juga main. Mana boleh tengok je :D.

Bukan tak sedar diri. Tapi, mencuba sebab masa kecil aku tak didedahkan dengan benda ini. Gila jakun!! :D.

.:. By .:.

Friday, April 30, 2010

Chris Evans dan kaki Zoe Saldana buat aku cair :P

Semalam, aku tengok cerita The Losers. Dah tengok? Aku kena tipu ke apa dengan kawan aku. Dia cakap cerita lawak. Sekali cerita tembak-tembak.Hahaha!

Nasib baik best. Kalau tak best, siap lu! :p.

Sedih je masa helipkopter tu kena fire. Kesian budak-budak tahanan tu mati :(. Nasib baik kat dalam filem. Kalau kat luar, mesti aku join sekali geng losers :P.

Zoe Saldana mempunyai kaki yang sangat cantik. Owh aku suka!! Bila aku mengutarakan nak kurus sikit nak kaki macam itu. Ada yang membangkang. Cait!! Cun la kaki macam tu woit!!

Chris Evans sangat comel dalam filem ini. Rasa nak peluk je . Paling lawak masa, dia naik motor dengan awek hot itu. hahaha! Dengan naik lift. Gilak!! Sangat Kelakar!!

Hah apa lagi tengoklah!

.:. By .:.

Bersama yang tersayang di Kenny Rogers ROASTERS

Bila rasa nak bazirkan duit tensen, ha mulalah teringin nak makan itu-ini. Nak makan benda manis lah. Nak makan kambing lah. Nak makan unta lah. Semua kepingin.

Tapi, semalam sangat teringin nak makan Kenny Rogers. Rasanya last makan, tahun lepas T___T.

Bersama cappuccino blended. Eh bukan aku punya. Aku kalau makan makanan yang boleh muak, sure aku order coke light atau ice lemon tea. Kalau minum air ini, sure la aku tanggal seluar lepas itu. Buncit perut. OK tipu.


Permintaan orang jawa makan banyak :D. Mestilah combination ada nasi bagai. Hihihih. Last-last kentang dengan buah tu aku yang sapu habis.


Permintaan orang tak makan banyak. Tengok kombinasi. Semua boleh menggemukkan badan. Tapi peduli apa? Melahap tahap tak ingat. Licin :D. Cheese tetap di hati.

.:. By .:.

Tuesday, April 27, 2010

Tips makan banyak tapi tak gemuk...

Ha gila meroyan click! TIPU. Kalau aku makan banyak mesti aku gemuk. Tapi, ada je kawan aku makan banyak tapi tak gemuk-gemuk. *jeles*.

Tips kurus : masa makan pastikan kuat bercakap dan bergambar. Dan lepas itu lari setempat.

Tips nak gemuk : makan banyak lepas itu tidur. Hang kena penyakit, hang tanggung sendiri :D. Dan yang paling penting, bila makan rembat orang punya. Heh.

Contoh makan untuk gemuk :

Orang lain yang order, aku rembat juga. Nak rasa orang kata.

Pecahkan telur terlebih dahulu. Supaya kolori dapat kat kita.

Makanlah desert selepas makan untuk 'stater' dan 'enjin'.

Disusuli dengan ais krim. Tapi tak berjaya rembat, tengok dah habis.


Makan sepenuh hati. Bila ambil gambar nampak kembong pipi, kan dah nampak gemuk.



Oh. Saya balun makan pedas kat Jonny's *____*
.:. By .:.

Sunday, March 28, 2010

How train your dragon...

Nak layan nasir bilal khan my name is Khan tak dapat-dapat. Nak beli dvd habis pula. Agaknya tv tayang baru aku dapat tengok. Huh!


Last-last layan cerita ini. Sesungguhnya, cerita ini sangat best!!! Mungkin tengok kali kedua untuk 3D pula!

Aktiviti esok :

- BIL ajak layan ice skating. Jangan sampai aku tercampak sampai hilang gigi besi sudah. Tak pandai main ice-ice skating ini. Galah panjang OK :D.

- Sudah berjanji dengan anak buah untuk menonton cerita di atas dengan memakai spek hitam kata Suci! Dari tadi aku duk explain kat Suci macam mana rupanya tengok movie 3D. Aku tengok yang biasa pun terkejut, nikan pula 3D. Last-last, dia cakap "adik ok je..sebab adik kat Man-man (Ultraman)". Jangan sampai Suci campak spek, minta keluar. Kesudahannya, aku yang rugi.



Friday, January 1, 2010

Makanan terkahir 2009..

Makan di Johnny's Steamboat!!

Kami order set B, untuk 2 orang makan : RM 29.90.

Air jus nenas! Sila kecur air liur :p. Dan sos yang sangat sedap dan tidak menjemukan untuk makan dan makan lagi.

Oh ini, budak itu punya 'fav'. Selalu je order Nasi Ayam Masak Lada Hitam (kita translate kepada b.melayu :D). Nasi beras siam kot. Lembut je..

Yeah. Macam mana nak habiskan ni?? Ni pun dah separuh kami makan...

Bakal chef. Cara-cara celur bihun sampai masak. Dan cara memecah telur ke dalam periuk? :P.

Akibat tindakbalas kekenyangan selepas makan dan berblogging.
Mari tidur sampai matahari menegak. Sungguh tak dara langsung.

Entry ini diautopublishkan. Aku tengah tidur...kroooh KROOOOh kroooh.... * air liur meleleh,mak minah ketagih... :D

Wednesday, December 23, 2009

3 of us...

OK. Start cerita about day 1 bercuti.. 3 orang gila pergi berjalan. Berjalan sampai tak sedar diri :D. Kitaorang pergi Sunway lagoon Pyramid! Lama tak together-together... Only 3 of us. Lain semua tinggal. Mak bagi peluang rehat kat rumah. My BIL and sis bagi peluang mereka berdating :P.

Don't try this when u drive! Aku saja boleh :D. Muka pucat lesi. Pakai baju, terus sarung tudung. Alat makeup tinggal dalam kereta.

Kitaorang dalam perjalanan ke Sunway Pyramid. Suci adalah seorang yang amat meroyan gembira bila tahu nak pergi jumpa 'singa'.

Demm!! Aku pakai sunglasses :P

Sesi memenuhkan perut sebelum tengok wayang. Bagi Suci kenyang, baru dia tak meragam dalam panggung wayang.

Sila telan air liur. Sekarang prosperity ada dalam list lunch hour. Jimat. :D

Sesi menyeludup masuk makanan ke dalam panggung wayang. Only fries dan air. Jimat duit mak! Lain taknak lah. Nanti berbau satu panggung.

Wayang time. Kitaorang pergi tengok The princess and the frog. Sangat lah kelakar. Suci ketawa paling besar dalam wayang. Duk sebut Ya Allah Ya Allah. Sakit usus agaknya dia gelak. Kisah dongeng dahulu kala. Tapi kali ini princess cium tak jadi prince.Princess tu pulak jadi frog. Suka Tina tu sebab dia suka berusaha. Perempuan sangat kental dan mempunyai cita-cita buka restoran makan. Akhir sekali jadi ke tak mereka manusia? Saksikan sendiri :P. Bodoh sungguh buaya gemuk dalam cerita tu. Suka buat lawak bodoh.

Ok. Sesi beli barang sekolah Nina. Beli alat tulis. Dia sangat excited beli pen. Dah tingkatan 1 la katakan. *teringat lak aku dulu pun excited nak pakai pen. Sudah besar dan pandai bergaya. Jeles. Aku dulu mak asik pakaikan gaun kembang semangkuk :D.

Ichu leh tak adik nak amik ambar kat okok yimassh ni? Ok boleh! *layankan. Kakaknya tak sedar diri dah besar ikut serta.


Ichu nak amik ambar kat Ayaaddiin... OK ambil. Layankan lagi. Gembira sungguh dia sambil tunjuk buku mewarna dan pensil color yang di beli oleh Ichu :).

Ichu ada lagi. Nak amik ambar. OK. sekarang layan dan boleh balik!!! :P

3 of us. Gedik amik gambar pantulan :D.


KITA KE SUNWAY LAGOON BULAN 1. ITU JANJI AKU KEPADA MEREKA. *kopak duit!